MANUAL TAKSIRAN ZAKAT DI MALAYSIA

Zahri Hamat

Abstract


Manual Taksiran Zakat di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertujuan untuk menyeragamkan kaedah taksiran zakat harta di Malaysia. Hal ini kerana pelbagai kaedah taksiran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia khususnya kaedah taksiran zakat perniagaan. Persoalannya, apakah kaedah taksiran zakat perniagaan yang dicadangkan dalam Manual Taksiran Zakat Di Malaysia untuk diamalkan oleh MAIN di Malaysia? Bagaimanakah kaedah taksiran zakat perniagaan itu boleh dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira perkembangan pelbagai bentuk perniagaan pada masa kini? Dengan menggunakan analisis kandungan ke atas data primer dan data sekunder, dapatan kajian mempamerkan bahawa pertama, kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan modal kerja terselaras telah dibahaskan secara detail dalam Manual Taksiran Zakat di Malaysia. Kedua, cendekiawan zakat di Malaysia pula berpendapat bahawa kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan pendapatan boleh diamalkan oleh MAIN sebagai satu kaedah alternatif. Implikasinya ialah, sesuatu perniagaan yang memperoleh keuntungan sahaja yang akan diwajibkan zakat dan dengan itu manfaat di bawah peruntukan seksyen 44(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat dinikmati.


Keywords


zakat perniagaan, aset semasa, modal kerja, keuntungan

References


Abu Ubayd al-Qasim b. Salam, 1991. Terj. Noor Mohammad Ghiffari, Kitab al-Amwal, Islamabad: Pakistan Hijra Council.

Abu Dawud, 1984. Terj. Ahmad Hasan. Sunan Abu Dawud. Vol. II. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.

Bryman, A. 2012. Social Research Methods (4th Edition). New York: Oxford University Press.

Creswell, J. W. (2014). Research Design Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (4th Edition). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2001. Panduan Zakat di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2008. Manual Pengurusan Pengiraan Zakat, Putrajaya: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Yusuf al-Qaradawi, 1999. Fiqh az-Zakat: A Comparative Study, Terj. Monzer Kahf, London: Dar Al Taqwa Ltd.

Zahri Hamat, 2014. Perakaunan zakat Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zahri Hamat, 2015. Harmonization of Business Zakat and Taxation in Malaysia, kertas dibentangkan di5th International Conference on Management (ICoM 2015), anjuran bersama Faculty of Economics and Social Sciences, Szent István University dengan Częstochowa University of Technology, Slovak University of Agriculturea dan Mendel University bertempat di Gödöllő, Hungary, 18- 19Jun 2015.




DOI: https://doi.org/10.21107/nbs.v1i1.2955

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Neo-Bis

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

Creative Commons License

Copyright @ 2015, Faculty of Economics, Trunojoyo University of Madura